Bismillahirrahmanirrahim, dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat, dan salam diberikan kepada junjungan mulia Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita bertemu pada hari ini. Tanpa membuang masa, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya eidul fitri, yakni selamat meraikan hari kemenangan bagi umat Islam. Setelah sebulan kita berpuasa yang amat kita sedih akan sepeninggalannya. Semoga bulan Ramadhan yang lepas telah kita susuri dengan sebaik mungkin mengikut ajaran Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam, dan pada hari yang mulia ini kita meraikan akan kejayaan, dan kembalinya kita kepada fitrah. Semoga pada hari raya ini, kita memulakan hidup yang baru, azam dan tekad yang baru, dan matlamat serta perjuangan, yang lebih jelas berpaksikan pada akidah, dan syari'at yang betul di sisi Islam.
Saya tidak bercadang untuk menulis panjang lebar pada penulisan kali ini, cukuplah sekadar terlepasnya hajat di hati untuk meluahkan rasa kesyukuran, kegembiraan, dan kesyahduan, dalam melalui bulan, dan hari yang penuh dengan kemuliaan ini bersama-sama sidang pembaca sekelian yang dirahmati Allah Subhanahu Wata'ala.
Mohon ampun, dan maaf di atas segala keterlanjuran, dan kesilapan di atas segala perkara yang menyalahi, atau menyakiti saudara-saudara sekelian, dan yang paling utama jika perkara-perkara itu salah di sisi Islam, atau tidak menjaga sensitiviti mana-mana pihak. Jazakumullahu khairan kathiira, terima kasih saya ucapkan.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wallahua'lam bissowab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan