Bicara Muallifah

Dimulai dengan nama Allah Subhanahu Wata'ala yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat, dan salam ke atas Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam, kepada keluarga, sahabat-sahabat, dan at-tabi'in.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukru ila Allah Subhanahu Wata'ala, wa ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Saya disini cuma untuk memberi penjelasan akan serba sedikit perkara mengenai penglibatan, dan pembukaan laman sesawang ini yang cuba tampil meluahkan buah pandangan, ilmu pengetahuan, pengalaman, dan sebarang maklumat yang cuba untuk dikongsikan bersama. Ya, walaupun saya kurang ilmu pengetahuan, namun begitu setiap apa yang saya pelajari, wajib untuk saya sebar, dan kongsikan bersama saudara-saudara seIslam saya yang lain.

Saya ingin memohon ma'af sekiranya terdapat penulisan saya disini yang menyalahi hukum syara', menimbulkan kemarahan, menjangkaui sensitiviti masyarakat, yang berbilang bangsa, dan agama. Begitu juga, sekiranya penulisan saya disini kelihatan tidak menghormati hak peribadi seseorang individu tertentu. 

Saya berharap dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala untuk kita bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman, dan pelbagai maklumat yang bermanfaat sebagai santapan rohani kita bersama. Setiap kesalahan itu diharapkan dapat ditegur, dan saya akan cuba untuk memperbaikinya, insya Allahu Ta'ala. 

Akhir kalam, penglibatan saya disini, dan penulisan-penulisan saya hanya untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata. Dengan keyakinan bahawa setiap perbuatan yang baik disertai dengan niat yang baik, lagi jujur kerana Allah itu pasti akan mendapat ganjaran yang baik pada penghujungnya, insya Allahu Ta'ala.

Syukran jaziilan wa jazakum Allahu khairan kathiira,
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Wallahua'lam.


Paparan-paparan bagi penulisan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hayati Dan Renungilah Kehidupan Ini...


Sebagai Seorang Hamba Allah Yang Beriman Lagi Bertaqwa.