Dimulai dengan nama Allah Subhanahu Wata'ala yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang senantiasa Memberikan Rahmat dan Rezeki kepada kita semua sebagai hamba-hamba-Nya. Juga selawat diberikan kepada Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam, kepada keluarga Baginda, sahabat-sahabat, dan at-tabi'in.
Hamba memohon kepada-Mu ya Allah ya Tuhanku, daripada menulis sesuatu perkara yang bertujuan untuk memudhoratkan saudara-saudara seIslam hamba yang lain, juga daripada kejahatan, gangguan, dan hasutan syaitan yang direjam lagi dilaknat Allah.
Pada penulisan kali ini akan membincangkan mengenai persaudaraan di dalam Islam. Penulis terdetik di hati untuk membincangkan mengenainya kerana, di dalam beberapa pengalaman di dalam kehidupan, dan sudah semestinya setiap manusia itu akan merasai atau melihat akan beberapa perkara yang sama. Di mana ada yang sanggup membelakangi akan saudaranya, membuat kejahatan, penyelewengan, penipuan, dan pembohongan, penyisihan, pemulauan, hasad, dan mendengki akan saudaranya, serta kesemuanya itu sifat-sifat mazmumah terutamanya dalam perhubungan persaudaraan.
Terdapat sebuah hadith sabda Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam, dan antara yang dapat dipetik daripadanya itu ialah:
'...المسلم أخ المسلم، لا يظلمه...'
Mafhumnya: '...seorang muslim itu adalah saudara muslim yang lainnya, janganlah menzholimi...'
Seorang yang bergelar mukmin yang sejati tidak akan sesekali ingin menyakiti akan saudara-saudaranya yang lain. Seorang mukmin yang sejati akan senantiasa menjaga akan hati, dan perasaan saudara-saudaranya.Tiada terlintas jauh di lubuk hatinya untuk melaksanakan sebarang keburukan, dan kejahatan. Kerana tidak dikira beriman sekiranya kita tidak menyanyangi saudara kita sebagaimana kita menyanyangi diri kita sendiri. Juga jika saudara seIslam kita merasa sakit, sakitnya itu dapat kita rasai. Bukannya dengan istilah, '...hidup kau, hidup kau, hidup aku, hidup aku...'.
Kita hidup di dunia ini bukan berseorangan. Secara dasarnya, setiap manusia itu memerlukan satu sama lain dalam meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Memerlukan antara satu sama lain untuk mengingati, dan menasihati, serta menegur, membimbing, mendorong, dan memotivasikan diri. Sesungguhnya, dalam jemaah itu adalah lebih berkat daripada berseorangan. Janganlah kita berseorangan, kerana takut-takut syaitan yang dilaknat Allah Subhanahu Wata'ala itu akan bersama-sama kita cuba melaksanakan tugasnya untuk menyesatkan.
Tetapi, perlu diingat biarlah kita bersahabat, dan bersaudara itu di atas niat yang satu yakni, biarlah persaudaraan yang dijalinkan itu kerana Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata, bukan kerana perkara-perkara lain. Jangan pula diniatkan kerana Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi pada waktu yang sama diniatkan juga dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Perkara seperti ini tidak boleh di dalam Islam. Saya teringat akan kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Ustaz yang mengajar saya di dalam subjek Akidah Islamiyyah, '...cuba kita bayangkan si isteri menyayangi suami, dan juga seorang lelaki yang lain...'. Begitu juga Allah Subhanahu Wata'ala, Allah Ta'ala tidak menyukai akan sesuatu amalan yang kita laksanakan bukan dibuat kerana-Nya semata-mata. Biarlah kasih kita hanya kepada Allah Ta'ala, biarlah sesuatu perbuatan itu hanya untuk-Nya.
Juga pernah soalan yang diajukan oleh seorang siswa, '...Ustaz, bagaimana dengan seseorang yang berniat untuk berpuasa, dan juga untuk meringankan berat badan?...'. Apakah jawapan yang diberikan?
Jika kita berniat untuk berpuasa, puasa kita itu diniatkan kerana Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi dengan ringannya berat badan itu adalah hikmah di sebalik sesuatu perbuatan. Janganlah dijadikan turunnya berat badan itu sebagai SALAH SATU niat kita.
Dalam komunikasi kita bersama saudara-saudara seIslam, janganlah kita bersaudara untuk bersuka-ria, berhibur, mengisi kekosongan, dan gelak tawa. Semuanya itu tidak kekal. Perkara-perkara yang melalaikan apabila kita buat, semuanya akan menjadi sia-sia. Perlu diingat, banyak gelak ketawa itu akan mematikan hati, akan menggelapkan hati. Tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh bergembira. Cuma dalam melakukan sesuatu itu, biarlah berbatasan. Jangan melebihi batas, dan sempadan.
Insya Allahu Subhanahu Wata'ala, dalam bersaudara ini, kita jaga adab-adab sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi seorang yang muhsin, yang berehsan, berakhlak mulia, beradab, dan sopan-santun. Jaga hati, dan perasaan saudara-saudara seIslam kita. Jaga perkataan, dan perilaku kita. Jangan hanya terus meredah, diibaratkan seperti meredah sungai tanpa memikirkan akan bahaya-bahaya yang mungkin wujud padanya. Sekali kita tersungkur, sakit, perit, dan sukar untuk kita kembali berdiri.
Pengakhiran perkongsian penulis pada kali ini, diingati bahawa Allah Subhanahu Wata'ala adalah sebaik-baik sahabat. Jika manusia tidak tentu dia akan sentiasa bersama-sama dengan kita tatkala memerlukan pertolongan. Tetapi Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa bersama-sama dengan kita tidak kira waktu. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap detik, setiap peredaran masa hidup kita, Allah Subhanahu Wata'ala bersama dengan kita. Dikala kita berasa kesunyian, dilanda kesusahan, dan kepayahan hidup, serta berbagai-bagai lagi perkara mahupun segala musibah, Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa bersama-sama dengan kita. Diibaratkan, Allah Subhanahu Wata'ala begitu dekat dengan kita seperti dekatnya urat pada leher kita. Dekat atau jauh Allah Subhanahu Wata'ala itu adalah bergantung kepada bagaimana dekat kita berusaha untuk mendekati Allah Subhanahu Wata'ala, dengan ibadah, dan munajat. Jika kita kurang beribadah, tidak menghiraukan perintah-Nya, dan melaksanakan larangan-Nya, sudah tentu Allah Subhanahu Wata'ala jauh dari kita. Kesimpulannya, jika kita dekat dengan Allah Subhanahu Wata'ala, Allah Ta'ala dekat dengan kita, jika kita jauh dengan Allah Ta'ala, Allah Ta'ala pun jauh dengan kita.
Akhir kalam, mohon ma'af andai kata apa yang telah penulis coretkan di atas mengandungi serba satu kesalahan. Setiap yang baik itu daripada Allah Subhanahu Wata'ala, dan setiap yang buruk itu adalah disandarkan kepada diri penulis sendiri.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan