Selawat, dan salam kepada kekasih Allah Subhanahu Wata'ala, Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam, kepada keluarga, sahabat-sahabat, dan at-tabi'in.
Terdetik di sanubari penulis untuk meluahkan rasa, dan pendapat bahkan juga perkongsian ilmu pengetahuan. Kerana mengambil sebuah pesanan yang berbunyi, "...Sampaikanlah daripadaku, walaupun sepotong ayat...". Apa yang hendak dicoret pada kali ini merupakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kebaktian kita kepada kedua-dua ibu, dan bapa kita.
Jika mahu dibicarakan mengenai jasa, budi, dan pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua ibu, dan bapa kita sudah tentu tidak akan habis, dan lekang dibicarakan. Kerana siapa yang harus kita cintai, dan ta'ati setelah Allah Subhanahu Wata'ala, dan Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam melainkan semestinya kedua-dua ibu, dan bapa kita. Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita untuk menta'ati kedua-dua ibu, dan bapa, berkata, dan berbudi baik terhadap mereka, menjaga mereka, memberi nafkah kepada mereka, jangan sekali-kali menyakiti hati mereka, membantu disaat mereka memerlukan kita untuk menjaga mereka, di saat mereka tidak lagi berkeupayaan untuk memerah keringat, membanting tulang, mencari rezeki makan, dan minum, pakaian, pendidikan, dan lain-lain keperluan. Berbagai-bagai kesusahan yang mereka tempuhi demi menggalas tanggungjawab akan amanah yang diberikan Allah Subhanahu Wata'ala, dan di atas sebuah perasaan kasih, dan sayang untuk membesarkan anak-anak.
Oleh yang sedemikian, sepatutnya yang bergelar anak perlu berbakti, dan menyanyangi akan kedua-dua ibu, dan bapa. Bukannya dengan melakukan yang sebaliknya daripada itu. Sebagai anak jangan kita sekali-kali meninggikan suara, bertempik, memarahi, mahupun bertindak kasar dengan memukul, menghina, dan sebagainya. Perbuatan seperti ini amat menyedihkan. Sesuatu perbuatan atau perkataan, jika dengannya mengguris hati kedua-dua ibu, dan bapa kita, terutamanya ibu, apa yang kita dapat adalah dosa. Nauzubillah, segeralah memohon ma'af kepada kedua-dua ibu, dan bapa kita, serta memohon keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa bukan sahaja dengan bersikap negatif seperti di atas dianggap derhaka, namun jika kita tidak bertegur-sapa, mengambil berat, langsung tidak mempedulikan, tidak terlintas langsung pada pemikirannya terhadap ibu, dan bapanya juga dianggap derhaka. Amat menyedihkan jika kita fikir bahawa, ibu yang mengendong kita selama ini, yang membesarkan kita, memberi didikan agama, kasih sayangnya yang tidak ternilai, dan segala keperluan, pada penghujungnya ibu itulah kita tinggalkan, ibu itulah yang kita sisihkan, ibu itulah yang kita tidak pedulikan, malah kita berasa malu dengan kehadirannya.
Islam mengajar kita untuk bersifat lemah lembut terhadap kedua-dua ibu, dan bapa kita. Kita cuba untuk melayani mereka dengan sebaik-baiknya. Apa yang diharapkan oleh ibu kita bukanlah harta benda, wang ringgit, dan sebagainya itu. Tetapi, apa yang diharapkan adalah kasih dan sayang anak-anaknya. Ibu yang selalu merindui akan anak-anaknya, menantikan kepulangan kita setiap hari. Pulanglah selalu menemui ibu, dan bapa kita di rumah. Jangan jadikan alasan kesibukan bekerja kita, kesibukan pembelajaran kita, dan sebagainya itu sebagai penghalang kepada pemulangan kita ke rumah untuk berjumpa dengan ibu, dan bapa kita.
Jika kita mempunyai telefon bimbit, kerap kalilah menelefon mereka untuk menanyakan khabar. Jangan hanya menantikan ibu untuk menelefon kita. Jika kita boleh menghabiskan waktu berbual dengan para sahabat, sudah tentu kita juga boleh menghabiskan waktu berbual dengan ibu, dan bapa kita. Tiada apa yang merugikan, setiap perbuatan yang baik akan dibalas Allah Subhanahu Wata'ala dengan kebaikan-kebaikan. Jika kita berniat untuk melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak melaksanakannya tetap mendapat kebaikan.
Lagi-lagi jika kita telah melaksanakan sesuatu kebaikan, kita akan diberi sepuluh kebaikan. Begitulah, apa yang saya lihat begitu mudah untuk mendapat pahala. Cuma bagaimana keimanan, dan ketaqwaan kita untuk melakukan setiap kebaikan itu, perlu dicari dan diperjuangkan.
Jikalau kita mempunyai ibu yang sakit di rumah, penuhilah setiap keperluannya. Memberi kepadanya ubat-ubatan, pimpin tangannya, menyediakan makan, dan minumnya, membersihkan badannya, dan menemaninya setiap waktu. Kita juga harus sedar bahawa, ibu, dan bapa kita apabila semakin melanjut usia, mereka cenderung untuk lebih sensitif terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka mudah untuk berkecil hati terhadap perbuatan, dan kata-kata anak-anaknya. Oleh itu, sebagai anak berhati-hatilah apabila kita berbicara, takut-takut terguris hati ibu, dan bapa kita.
Sebagai anak, selalulah memohon ma'af kepada kedua ibu, dan bapa kita. Walaupun kita fikir tiada kesalahan yang dilakukan, kita perlu untuk memohon ma'af. Kita tidak sunyi daripada melakukan dosa, lagi-lagi dosa yang tidak kita sedari.
Seperti yang diketahui umum, terdapat hadith yang mengatakan, Rasulullahi sholla Allahu 'alaihi wasallam menyuruh kita berbuat baik terhadap ibu dengan tiga kali disebutkan, barulah kepada bapa. Begitulah betapa pentingnya akan perbuatan berbuat baik kepada mereka. Begitu juga, ada hadith yang mengatakan, keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala terletak pada redha ibu, dan bapa. Serta kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala, terletak pada murka ibu, dan bapa. Kita tidak akan mendapat keredhaan Allah, selagi mana kita menderhaka kepada kedua-dua ibu, dan bapa kita. Bersama kita ingati bahawa, menderhaka kepada kedua ibu, dan bapa kita itu adalah termasuk di dalam dosa-dosa besar yang dibenci Allah Subhanahu Wata'ala.
Selagi hayat dikandung badan, selagi kita diberi kemampuan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu, dan bapa, rebutlah peluang itu, dan jangan disia-siakan. Mulai pada saat ini, marilah kita bersama-sama menjadi anak yang baik, anak yang sholeh, dan sholehah, insya Allahu Ta'ala. Bersamalah kita terus berdu'a kepada Allah Subhanahu Wata'ala supaya memberi kita kekuatan untuk menjaga mereka sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
Mohon ma'af andai kata apa yang dicoretkan diatas mempunyai cacat-celanya. Segala kebaikan itu daripada Allah Subhanahu Wata'ala, dan segala keburukan itu daripada saya sendiri, mohon dima'afkan.
Wallahua'lam.
Penghargaan ilustrasi gambar:
01
02
03

Tiada ulasan:
Catat Ulasan