Dimulai dengan nama Allah Subhanahu Wata'ala yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, yang Maha Menghidupkan dan yang Maha Mematikan. Ya Allah, yang telah Memberi rezeki yang tidak terhitung. Bersama kita bertasbih syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala-gala-Nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda, Nabi Muhammad sholla Allahu 'alaihi wasallam, kepada keseluruhan keluarga Baginda, kepada para sahabat Nabi Muhammad sholla Allahu 'alaihi wasallam, dan para tabi'in.
Saya bermohon perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala daripada menulis perkara-perkara yang bertujuan untuk mendatangkan kemudharatan kepada saudara-saudara seIslam yang lain. Juga daripada gangguan dan hasutan musuh yang nyata lagi jelas yakni syaitan yang direjam, syaitan laknatullah.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baik, seperti yang kita maklum pada hari Selasa, bersamaan 22 Mac 2011, telah berlangsungnya program realiti yang dikenali ramai iaitu Adik-adikku musim yang kedua. Beberapa minit yang lepas, telah pun diumumkan siapakah juara, naib juara, dan pemenang-pemenang saguhati. Pada pandangan saya, adik-adik ini telah melaksanakan tugasan mereka dengan sebaiknya, penuh dengan kesungguhan, keazaman, kegigihan, dan semangat yang tinggi. Bukan menjadi kepentingan siapakah juaranya, siapakah naib juaranya, mereka semua adalah anak-anak muda yang berjaya menongkah arus zaman ini yang penuh dengan cubaan dan dugaan kemodenan, kepada yang dibanggakan iaitu, penda'wah-penda'wah muda. Semoga usaha mereka ini diberkati dan diredhoi Allah Subhanahu Wata'ala.
Melihat bakat-bakat mereka yang begitu saya kagumi, syukru ila Allah di atas segala ni'mat-Nya. Jika kita saksikan, adik-adik kecil kita ini dapat melaungkan azan, membaca ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim dengan sungguh baik, begitu juga seni pidatonya, malah mereka juga mempunyai bakat untuk bernasyid menyampaikan mesej da'wah kepada penonton. Alhamdulillah, penghayatan yang diberikan dalam keikhlasan melaksanakannya kerana Allah Subhanahu Wata'ala, terdapat penonton yang mengalirkan air mata juga menginsafi akan hakikat kebenaran.
Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka dengan sebaik-sebaik ganjaran, dan menetapkan keimanan mereka, niat mereka, kepada niat, dan tujuan yang asal. Yakni hanya semata-mata untuk mencari, dan mendapatkan keredhoan Allah Subhanahu Wata'ala.
Baik, apakah hikmah dan kebaikan yang dapat kita petik daripada keseluruhan program yang amat baik lagi bermakna ini? Seperti yang kita ketahui, di media sana terdapat pelbagai program yang berbentuk hiburan melampau yang mempengaruhi anak-anak muda zaman kini. Dalam kecanggihan teknologi tidak dapat kita nafikan akan bahaya-bahaya yang datang padanya. Hiburan-hiburan yang banyak mendapat pengaruh daripada budaya-budaya barat yang banyaknya diikuti tanpa segan silu. Tanpa kita sedar, apabila dilihat semakin hari hiburan di Malaysia semakin tiada batasan.
Menjadi satu kerisauan apabila melihat pengaruh-pengaruh yang dibawa barat ini. Apakah yang akan terjadi kepada anak-anak muda kita jika mereka tidak dibimbing, diberi pengetahuan agama dengan sebaiknya. Seperti yang kita maklumi, dalam hiburan tanpa batasan ini mengundang pelbagai perkara yang tidak kita ingini. Padanya mempunyai pergaulan bebas, maksiat-maksiat, pembuangan masa yang sepatutnya boleh diisi dengan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan yang berfaedah. Pernah diperhatikan sebelum ini, wujudnya rancangan realiti hiburan yang dikhususkan kepada kanak-kanak. Fokus program tersebut terhadap nyanyian bagi anak-anak muda yang berumur bawah 18 tahun atau bawah lainnya. Program tersebut amat merisaukan bagi mata-mata hati yang melihat. Kerana anak-anak muda zaman ini adalah pemimpin pada masa akan datang.
Bukan tidak boleh untuk berhibur, tetapi perlu disusuri pada jalan yang benar lagi berlandaskan syara'. Agama Islam agama yang sesuai dengan fitrah kejadian seorang manusia. Terdapat pelbagai cara untuk kita berhibur. Antaranya adalah dengan bernasyid, yakni pada waktu yang sama kita menyampaikan da'wah kepada masyarakat. Jika mahu dibandingkan dengan hiburan-hiburan kosong yang diidamkan sesetengah pemuda-pemuda zaman ini. Bagi hamba Allah Subhanahu Wata'ala yang beriman dan bertaqwa, cukuplah baginya menjadikan ibadah-ibadah pengabdian kepada Allah Subhanahu Wata'ala sebagai hiburan baginya. Padanya ada ketenangan, kegembiraan, kesenangan, kerinduan dalam menemui Allah Subhanahu Wata'ala, yang Maha Menciptakan sekalian makhluk di muka bumi ini dan keseluruhan alam.
Dapat kita simpulkan di sini bahawa, contoh program realiti Adik-adikku ini adalah salah satu rancangan penggerak penghijrahan kelompok hiburan tanpa batasan. Semoga perjuangan pihak-pihak yang terbabit dalam menerbit, dan menganjur serta yang menyokong program-program hiburan berbentuk ilmiah islami ini berterusan, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala. Bersama kita memohon do'a kepada Allah Subhanahu Wata'ala, supaya mempermudahkan segala urusan kita, dalam berda'wah, dalam melaksanakan perubahan kearah menggapai redho-Nya.
Akhir kalam, asif kathiir jika ada kata-kata yang telah saya gunakan di dalam rangka penulisan ini membawa sebarang ketidaksenangan atau apa-apa sahaja yang mengundang keburukan mana-mana saudara seIslam saya. Wallahua'lam, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Penghargaan ilustrasi:
http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/06/program-realiti-adik-adikku-musim-ke-2.html
Dapat kita simpulkan di sini bahawa, contoh program realiti Adik-adikku ini adalah salah satu rancangan penggerak penghijrahan kelompok hiburan tanpa batasan. Semoga perjuangan pihak-pihak yang terbabit dalam menerbit, dan menganjur serta yang menyokong program-program hiburan berbentuk ilmiah islami ini berterusan, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala. Bersama kita memohon do'a kepada Allah Subhanahu Wata'ala, supaya mempermudahkan segala urusan kita, dalam berda'wah, dalam melaksanakan perubahan kearah menggapai redho-Nya.
Akhir kalam, asif kathiir jika ada kata-kata yang telah saya gunakan di dalam rangka penulisan ini membawa sebarang ketidaksenangan atau apa-apa sahaja yang mengundang keburukan mana-mana saudara seIslam saya. Wallahua'lam, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Penghargaan ilustrasi:
http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/06/program-realiti-adik-adikku-musim-ke-2.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan