Sabtu, Januari 29, 2011

Buah kata awalan dalam permulaan perkongsian ilmu pengetahuan dan pengajaran pada laman sesawang ini, insya Allah Subhanahu Wata'ala.

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Rasulullahi sholla Allahi wasallam.
Begitu juga ke atas keluarga baginda ( s.a.w ), sahabat-sahabat dan para tabi'in.

Kepada Allah Subhanahu Wata'ala, hamba berlindung daripada kejahatan syaitan yang kejam yang senantiasa membisikkan kejahatan pada keturunan Adam 'alaihis salam. Kepada-Mu Ya Allah, hamba berlindung daripada segala perkara yang tidak bermunafat, lagi mendatangkan mudharat pada diriku sendiri juga pada sahabat-sahabat, saudara-saudara seIslam yang lain.

Sidang pembaca sekalian,

Terbinanya laman sesawang ini di atas sebuah kesedaran yang timbul setelah sekian lama membiarkannya ia berlalu dek kerana keraguan dan pelbagai kesulitan, akhirnya diri ini memilih untuk meneruskan keharusan di dalam memberi perkongsian pengalaman, dan nasihat untuk diri dan saudara-saudara seIslam yang lain di dalam laman sesawang ini.

Laman sesawang ini dibina bertujuan hanyalah semata-mata lillahi ta'ala, dan tiada bertujuan atau bermaksud yang menyimpang. Mohon maaf, dalam diri serba kekurangan, jika sesuatu itu mengikut sepenuhnya apa yang disyari'atkan oleh Islam, maka mohon diberi tunjuk ajar, insya Allah, untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Berniat untuk menyebarkan lagi ajaran agama Islam ini, insya Allah, walaupun dengan usaha-usaha kecil dalam berda'wah, wa la haula wala quata illa billahi 'aliil 'azeem.

Wallahua'lam.
Daripada hamba Allah Subhanahu Wata'ala yang hina lagi kerdil.

Tiada ulasan:

Paparan-paparan bagi penulisan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hayati Dan Renungilah Kehidupan Ini...


Sebagai Seorang Hamba Allah Yang Beriman Lagi Bertaqwa.